Salam all
Lama aku tak mencoret..baru jer abeh baca coretan2 aku dedulu..n tak sangka..dah 1 yrs+ aku dah berjaya berenti
rokok..alhamdulillah
Sambil2 aku dok melayan MBC ada terjumpa satu tip yg one of the members bagi utk sesapa yg nak berenti rokok..aku copy jer kat sini
ikuti Tips di bawah
Cara Nak Berhenti Merokok
1. Ambil keputusan NEKAD berhenti terus. Set kan satu tarikh & terus berhenti pada hari tersebut. Buang segala kotak rokok, mancis, ash tray (utk yg merokok 10 btg ke bawah sehari)
2. Kurangkan bilangan jumlah rokok yg dihisap secara beransur-ansur (utk yg merokok 20 btg ke atas sehari)
contoh – hari ni hisap 20 btg, esok 18 btg, lusa 16 btg, 14 btg…. kena berdisplin sampai tinggal 3 2 btg sehari, then terus quit! mcm mana nak kurangkan jumlah rokok tu.. biasa kalau lepas mkn hisap 3 btg, cuba kurangkan jadi 2 btg sahaja
Sokongan dari keluarga amatlah penting.. Tanamkan hasrat dihati ‘Aku Memang Boleh Berhenti Merokok’.
Gunakan petua 12M
PETUA 12M UNTUK BERHENTI MEROKOK
01. Melengah-lengah keinginan untuk merokok
(bila rasa nak merokok, tangguhkan hasrat tu.. kejap lagi lah kejap lagi lah.. lama2 mungkin x jadi
merokok terus)
02. Minum banyak air (air masak 3 liter sehari)
03. Menarik nafas panjang (ulang 10 kali atau lebih)
04. Membuat sesuatu / Menyibukkan diri
(melakukan sesuatu yang berfaedah asalkan kita ada kerja & terus lupa nak merokok)
05. Menjauhkan diri dari kawan / orang lain yang merokok
(bila org lain hisap rokok, jauh kan diri sikit.. jgn sampai kita tersedut asap rokok tu mengakibatkan kita
juga nak merokok juga)
06. Mengunyah sesuatu (kismis, lobak, buah-buahan, gula-gula getah)
gantikan rokok dgn kismis, lobak, buah-buahan, gula-gula getah – bila terasa nak hisap rokok)
07. Membasuh tangan
08. Mandi dengan kerap (mandi byk kali semasa di rumah, badan kembali segar, mengurangkan rasa
ingin merokok)
09. Melakukan senaman regangan
exercise – kempen Cara Hidup Sihat
10. Memohon doa (dikuatkan azam dan semangat)
11. Mengelakkan diri dari situasi yang mendorong untuk merokok
12. Meditasi
Control Pemakanan
-kurangkan makanan pedas2, terlampau manis, terlampau masin & terlampau masam. Dah behenti boleh sambung mkn balik (makanan bercili, pedas-pedas merangsang deria rasa dilidah menyebabkan kita rasa nak merokok selepas mkn)..
- penggemar kopi O, nescafe – kalau boleh stop dulu. minuman berkafien (kopi & air berkarbonat) merangsang deria rasa di lidah menyebabkan kira lagi kuat nak merokok, teh boleh minum (kurang kafien)
10 sebab Kenapa anda perlu BERHENTI MEROKOK
1) dapat menjimatkan perbelanjaan anda
2) dapat menghindarkan anda dari serangan jantung secara tiba-tiba
3) dapat menghindarkan diri dari serangan kanser
4) paru-paru anda akan kembali bersih
5) menyahut seruan kerajaan (kempen TAK NAK)
6) keyakinan pada diri akan meningkat
7) menjadi contoh yang baik kepada seisi keluarga dan rakan-rakan
Cool anda akan kelihatan lebih segar dan bersih
9) kehidupan anda akan kembali aktif, ceria dan bertenaga
10) anda memang BOLEH BERHENTI MEROKOK
KESAN-KESAN BERHENTI MEROKOK
Pada 20 minit Berhenti merokok:
* Tekanan darah mula menurun.
* Nadi menurun.
* Suhu badan pada tangan dan kaki meningkat
Pada 8 jam
* Tahap karbon monoksida dalam darah menurun.
* Tahap oksigen dalam darah kembali normal.
Pada 24 jam
* Peluang untuk mendapat serangan jantung menurun.
Pada 48 jam
* Deria hidu dan rasa bertambah baik, saraf hujung (nerve ending) mula kembali cergas.
Pada 2 – 3 minggu
* Peredaran darah di badan bertambah baik.
* Peningkatan stamina.
* Fungsi paru-paru bertambah baik.
Adakah Berbaloi Untuk Berhenti Merokok ?
* Risiko kesihatan akan menurun secara mendadak.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit paru-paru sama seperti bukan perokok.
* Selepas 15-20 tahun risiko penyakit jantung koronari adalah sama seperti orang tidak merokok.
* Berhenti merokok akan memperbaiki simptom-simptom penyakit asma, amfisema dan jantung koronari.
* Berhenti merokok sebelum pertengahan umur akan mengurangkan risiko kesihatan sama seperti bukan perokok.
Semoga berjaya bagi sesiapa yg nak berenti tuh sebelem kita diberhentikan…









